Ahad, 16 Mei 2010

Sewa pada perayu undi

Perggghhhhh.... dah bersawang lak blog nih rasanya... bertahun tak update...

begitu jugaklah rumah aku... bertahun tak tengok.. hehehe

anak anak, jiran tetangga, saudara mara kecoh menanyakan bila nak pindah?

sentiasa aku bagi alasan, kain langsir tak siap lagi... keliling rumah kena pasang langsir, depan belakang, kiri kanan, atas bawah...

semasa PRK Hulu Selangor baru baru nih, rumah aku jadi markas salah sebuah parti politik peringkat negeri.

Agaknya disebabkan warna cat dinding aku sinonin ngan parti berkenaan, maka berkenan lah depa menyewa dengan harga RM1000 untuk 10 hari... (kaum wanita jek yang duduk)

ehmmm... sebenarnya, harga tu jauh lebih rendah kalau dibandingkan ngan rumah lain yang boleh capai RM3k - rm4k.

Apa jadi selepas habis pilihanraya?

Malam pengumuman tu jugak diaorang dah blah.... rindu kut ngan laki masing masing.. maklumlah 10 hari kempen!

Sampai tercicirlah beberapa stoking, dan yang paling lucu, seluar dalam pun ada! hahhaha

sib baik aku ni dalam golongan orang yang baik baik... kalau tak... dah diperasap dah seluar tu.. hahahaha..

seperti biasa, banyaklah sampah sarap yang ditinggalkan, termasuklah peta kawasan dan strategi mereka menawan hati pengundi disini... (bukankah itu rahsia penting parti? seperti tanda amaran yang tidak dibenarkan sesiapa masuk ke bilik utama yang tertera pada pintu?)

peerrgghhhh cuai tul diaorang nih....

agaknya macam nih le penatnya bila kita buat homestay... kena kemas barang barang tinggalan orang yang menyewa...

dan kos tertentu lain kali kena ambik kira kerana dalam kes aku, cat dinding habis terkopek disebabkan kesan kesan tampalan pada dinding dan...

tombol pintu utama dipecahkan kerana dia orang tiada kunci bilik utama....

ehmmm... nasib nasib