Jumaat, 26 Disember 2008

Bagi kita Bekerja... budak budak kata Bermain







"Pergi main jauh jauh.... ayah nak buat kerja!!!"... Selalu kita dengarkan...... yee leee kita tengah sibuk buat kerja... budak budak ni mengacau jee... budak budak ni lak... kalau tengok benda yang tak biasa dia orang tengok... macam tengok bapak dia cat rumah... lagi lee dia orang nak kacau...

Dia orang ni... bukan reti nak pergi jauh jauh... padahal aku dah bagi dia orang main computer game... cceeeehhh... tak sampai 5 minit... dia orang mula kacau.. aaarrrggghh!!!

"ayah... nak main...." cam tu lee kecek anak aku 6 & 7 tahun nih...... dia orang ingat aku suka suka ke mengecat nih?.......
nak tak nak terpaksa lee bagi berus 1" ngan 2" masing masing... haaaa.. apa lagi... seronok lee dia orang balun dinding tangga belakang tuh... sambil "melukis" adik beradik ni mula berimiginasi perbagai bentuk lukisan yang dilukis...

Aku perhatikan dua beradik ni tekun "melukis" kat dinding... aku puji juga la dia orang ni.. walaupun main main, tapi nampak kemas walaupun pakai berus 1" jek...

Budak budak ni kalau bermain... tak ingat dunia.... naik basikal jatuh.. berdarah pun... masih nak main lagi.. bukan boleh larang... kita je laa yang risau... bagi nasihat berbuih buih... bukan nak dengar...

Kalau main ngan kawan kawan diaorang lak, suka sakan.. riuh rendah... pas tu kalau dah kalah... mulalah kata.."awak main tipu!!!.. tak nak main lagi.."... tapi esoknya diaorang main gak ngan orang dan permainan yang sama!!!... mudah lupakan kekalahan semalam tul... diaorang main dengan seronoknya, tak kira kalah atau menang!!

"PROSES MENCAPAI APA DIHAJATI ADALAH SATU PERMAINAN YANG CUKUP MENARIK DAN MENGASYIKAN, HASILNYA CUMALAH SATU TROFI"

Kenapa kita tak ikut cara diaorang? kita ni banyak sangat berfikir... takut jatuh, takut tersungkur, takut kalah, takut dicemuh, takut segalanya!!!

Kenapa kita tak jadikan pekerjaan kita sebagai satu permainan?

Tahukah korang orang putih tuh semua benda diaorang nak main.... kita kata diaorang gila main ular anaconda kat hutan amazon tuh, atau main salji kat puncak everest, atau kutip batu kat bulan... korang tautak steven speilberg tu kaya sebab wayang dia semuanya cerita main main???

Sebagai orang Islam kita harus memahami dunia ni sebagai sebuah taman permainan... cuma sebentar sebelum akhirat yang kekal.... kita harus bermain mengikut garis panduan yang ditetapkan...

Tapi kita tak berani bermain macam orang putih tuh... kita ni PENAKUT!! kita bukan sahaja tak berani nak mencuba... kena sergah ngan kawan kita pun kita dah mula goyang!!

Jagalah kau 2009!!!!!
Aku akan jadikan bisnes aku macam satu permainan... biarpun kalah, aku akan teruskan, biarpun rugi aku akan bertahan, biarpun bersaing.. aku akan perbaikan kelemahan...

Biar anak anak aku mengajar erti bermain!! biar berdarah... tapi kita mesti teruskan bermain... kan bermain tuh seronok?!!!

Korang jadikan le tempat kerja korang tuh tempat bermain.... tapi jangan sampai boss korang kata korang main main.... kat Laman rumah aku dua beradik tu macam satu team bermain.... Rumah kita lak kita jadikan taman permainan kita... berdua ngan pasangan kita satu team... bermain bersungguh sungguh, jadi yang rutin akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.... kretifkan permainan.... selalu tukar strategi permainan... kan seronok...

Okkkkk sebelum korang teruskan bermain... korang layan dulu permainan GAME BALING BALING KASUT dengan pautan kat bawah nih... syok!!! hilangkan tension korang!!




1 ulasan:

Bagi lee komen korang...