Jumaat, 5 Disember 2008

Kerahan Tenaga

Hari ni masuk hari ke2 aku sendiri catkan rumah tuh... sejak aku pecat 2 budak cat kelmarin... semalam dari pagi sampai ke tengahhari asyik menyental lumut pada salur air... yang susahnya nak memanjat... tinggi... nasib baik member jiran sebelah bagi pinjam tangga kerat 4...(bentukM) panjang gak sikit... dari semalam aku dapat pertolongan dari adik ipar aku... walaupun hujan lebat pada petangnya... kami teruskan mengecat bahagian dalam garaj kereta...

Cat yang aku pilih.. warna hijau... hijau pekat tingkat bawah, hijau muda sikit kat tingkat atas.. tiang tiang aku catkan warna putih... dah siap nanti aku masukkan gambar...

Hari ni ada 2 lagi pembantu tak rasmi... adik ipar aku bawakkan 2 budak dari sekolah dia tolong sekali.. diaorang mopkan lantai bilik atas ngan buat undercoat pemegang tangga... bila hari nak hujan petang tadi... aku syelekkan lantai bilik hujung tuh... satu bilik je sempat... lagi 2 bilik kemudian leee....

2 hari bekerja macam buruh ni sakit gak badan ni... sepatutnya malam ni ada TT ngan geng PIE2020... tapi badan dah tak larat... Puding nak ke JB... Mann tak dapat datang... Wida... tak tau lee... lain kali je leee...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bagi lee komen korang...